✨ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA! ✨
Alhamdulillah, Anugerah Digital Utilisation Technology Awards 2026 Negeri Selangor telah berlangsung dengan penuh meriah dan gilang-gemilang pada 12 November 2026 di Muzium Negeri Selangor.
Majlis ini meraikan seramai 194 orang pemenang yang telah menunjukkan komitmen, kreativiti dan kecemerlangan dalam memanfaatkan teknologi digital. Tahniah kepada semua pemenang atas usaha dan pencapaian yang membanggakan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencuba, mencipta dan berkongsi idea baharu demi memajukan pendidikan digital di Negeri Selangor.
Pada tahun ini, sebanyak 19 pertandingan dan kategori telah dipertandingkan, merangkumi bidang kecerdasan buatan, robotik, keselamatan siber, pembangunan aplikasi, kreativiti digital serta pendidikan digital. Antaranya:
1. AI Ready ASEAN Hackathon
2. AI Robothon Challenge
3. AI Robotik “Robot A.I. Pengecaman Imej”
4. App Ideation and Prototyping
5. Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA)
6. Cabaran Mikrobotik Robot Berautonomi
7. Cabaran Reka Edukit Inovasi Kreatif
8. Digital Story Telling Animation
9. Drone Edu Challenge
10. Ikon Guru DELIMa
11. Ikon Guru Penyelaras ICT
12. Minecraft Education Edition Challenge
13. My Cyber Hero
14. National Security Discourse (NICTSED)
15. Pejabat Pendidikan Daerah – Program Pemerkasaan Pendidikan Digital – Keseluruhan Terbaik
16. Pembangunan Aplikasi Android
17. Penarafan 5 Bintang KB PSS SSTP
18. Pencapaian KB PSS
19. Sekolah Aktif Pandai DELIMA Negeri Selangor
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada Edufluencer KPM dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) atas kerjasama, komitmen dan sokongan dalam membantu menjayakan anugerah ini.
Terima kasih juga kepada semua peserta, guru pembimbing, pihak sekolah, urus setia dan semua pihak yang telah menyumbang masa, tenaga serta idea bagi memastikan majlis ini berjalan lancar dan bermakna.
Kejayaan anugerah ini ialah hasil usaha bersama. Semoga semangat kolaborasi dan inovasi yang ditunjukkan terus berkembang, sekali gus melahirkan lebih ramai warga pendidikan yang kreatif, berdaya cipta dan yakin menggunakan teknologi untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Majlis dirasmikan oleh Puan Hafizah bt Mohamad Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk sidang 1 dan Puan Nor Hasnizam binti Parman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Selangor selaku perasmi majlis pada sidang 2
Tahniah sekali lagi kepada semua 194 pemenang dan seluruh warga yang terlibat. Semoga terus melakar kejayaan dan menginspirasi! 🌟👏
Gambar anugerah boleh download di https://photos.google.com/share/AF1QipO33kowRGsMRWG5NMXgzOpYQLoeZDB3AqpgBBUQ8p_7BTHKk8z33957D5pQWb7Y6Q?key=dWx5d2RCU1VKeGN2ZFNmNnA4c1p4VTRlY19CVTBR




Recent Comments