SHAH ALAM, 5 OGOS 2026 – Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor hari ini telah menjadi tuan rumah bagi pelaksanaan Bengkel Pengenalan DELIMa 3.0 bertempat di Bilik Digital Maker Hub.

Program anjuran Unit Pelantar Pendidikan, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) Bukit Kiara bersama-sama pihak vendor ini melibatkan kehadiran barisan Pentadbir DELIMa Pusat Kegiatan Guru (PKG) serta Admin Sekolah dari seluruh negeri Selangor.

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan secara komprehensif mengenai ciri dan fungsi baharu yang diperkenalkan menerusi pelantar DELIMa 3.0, sekali gus memperkasa pengurusan serta integrasi teknologi digital dalam ekosistem pendidikan sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak BSTP Bukit Kiara, rakan strategik vendor, dan seluruh peserta atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Bengkel bersama-sama BSTP
DELIMa 3.0 semua
Jumpa lagi bengkel seterusnya
Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This