Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) 2026 yang akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut:
- Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)
- Tempat: Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur
- Pautan: https://www.youtube.com/live/525IWkfrGpQ?si=Dl4XKhdW7UAfKqCd (live streaming)
Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Ts./Tuan/Puan untuk menghebahkan maklumat ini kepada semua pihak di bawah seliaan YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Ts./Tuan/Puan bagi memastikan maklumat berkaitan majlis ini dapat disampaikan dengan lebih meluas.
Semoga segala urusan majlis DUTA 2026 dipermudah dan berlangsung dengan lancar serta jayanya. Kerjasama dan sokongan YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Ts./Tuan/Puan dalam menjayakan hebahan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
Recent Comments