Sukacita dimaklumkan kepada semua warga pendidik sekolah-sekolah Negeri Selangor mengenai penganjuran Cabaran AlphaPi Buggy Edutech Championship Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan.

Program ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan murid dalam bidang teknologi, inovasi serta pemikiran komputasional melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek dan pertandingan. Penyertaan dalam cabaran ini juga dilihat mampu meningkatkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid selaras dengan aspirasi pendidikan digital negara.

Sehubungan itu, pihak tuan/puan dijemput untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini melalui pautan berikut:
🔗 https://drive.google.com/drive/folders/1dont7NbZmb2MBdJYVTyuODiH2kPZ0LrA?usp=sharing

Bagi memberikan penerangan yang lebih jelas, satu sesi taklimat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

SESI TAKLIMAT CABARAN AlphaPi BUGGY EDUTECH CHAMPIONSHIP 2026 (KEBANGSAAN)
📅 Tarikh: 7 April 2026 (Selasa)
🕝 Masa: 2.30 Petang
📺 Pautan: https://www.youtube.com/live/29w7qSBuZnU
(Saluran YouTube: @sstpjpnperlis)

Semua guru digalakkan untuk menyertai sesi taklimat ini bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan penyertaan, syarat pertandingan serta pelaksanaan program.

Kerjasama dan sokongan padu daripada pihak tuan/puan dalam membuat hebahan serta menggalakkan penyertaan murid amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This