Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Cabaran Digital Storytelling Animation (DSTA) 2026 Peringkat Kebangsaan kini dibuka untuk penyertaan! Program ini merupakan platform terbaik bagi murid untuk mengetengahkan kreativiti, kemahiran bercerita digital serta penghasilan animasi yang inovatif selaras dengan pembelajaran abad ke-21.

Sehubungan dengan itu, semua guru di Negeri Selangor adalah dijemput untuk menyertai serta menggalakkan penyertaan murid di sekolah masing-masing.

📌 Maklumat lanjut, surat hebahan dan garis panduan pertandingan boleh diakses melalui pautan berikut:
🔗 https://drive.google.com/drive/folders/1PLDcXoWMsNsH8eJPtqTf4t5ABgclzMYJ?usp=sharing


📢 SESI TAKLIMAT RASMI DSTA 2026

Bagi memberikan penerangan lanjut mengenai pelaksanaan program, satu sesi taklimat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: 9 April 2026 (Khamis)
🕝 Masa: 2.30 petang
🎥 Pautan: https://bit.ly/dsta2026taklimat
📺 Platform: Siaran langsung YouTube (@SSTPKEDAH)


Diharapkan pihak tuan/puan dapat memberikan kerjasama dalam menyebarluaskan hebahan ini serta menyokong penyertaan murid dalam program yang berimpak tinggi ini.

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

“Kreativiti Digital, Inspirasi Masa Hadapan”

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This