Jom daftar minat anda sekarang untuk program bersama-sama program Exploria untuk sekolah anda.
BAWA TEKNOLOGI AI & ROBOTIK KE SEKOLAH ANDA SECARA PERCUMA!
Berita baik untuk semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Negeri Selangor! Program Jelajah Digital EXPLORIA kini dibuka untuk pendaftaran bagi mencetuskan minat pelajar terhadap dunia inovasi dan teknologi.
Jelajah selama 2 jam ini akan dibawakan terus ke sekolah anda TANPA SEBARANG BAYARAN (PERCUMA)! Berikan peluang kepada pelajar berumur 7 hingga 17 tahun untuk meneroka sendiri dunia teknologi masa hadapan.
Apa yang menarik menanti pelajar anda?
🤖 Persembahan Robot Haiwan AI: Dilengkapi dengan teknologi Light Detector and Ranging (LIDAR)!
🥽 Pameran Digital Futuristik: Rasai sendiri pengalaman Realiti Maya (VR), Dron, Robot AI, dan Sains Angkasa.
🔬 Persembahan Sains: Eksperimen menarik bertemakan tenaga, alam sekitar dan kelestarian.
🏆 Pertandingan Digital Exploria: Uji minda pelajar melalui kuiz interaktif berkaitan AI, Dron, dan Kejuruteraan.
🌟 Anugerah Sekolah Digital Exploria: Peluang sekolah anda diiktiraf atas kecemerlangan penerapan bidang digital.
Slot jelajah adalah SANGAT TERHAD dan tertakluk kepada kuota! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk melahirkan generasi muda yang berfikiran aras tinggi dan fasih digital.
Kami akan adakan program outreach kepada sekolah yang berminat. Daftar sekolah anda dan hadir (surat akan dikeluarkan) dan hadir pada ketetapan di bawah :
- Tarikh : 5hb Mac 2026 (Khamis)
- Masa : 9.00 pagi
- Lokasi : SMJK Chung Hwa, Klang
Recent Comments