Seminar ini bertujuan untuk memperkasakan pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital di peringkat zon tengah. Ia juga menyediakan platform perkongsian ilmu, pembentangan kertas kerja dan kerjasama strategik antara pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan digital.
Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Dr Jafri bin Abu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Program ini dijayakan dengan kerjasama SSTP JPN Selangor, SSTP JPN WP Kuala Lumpur dan Putrajaya
Seramai 30 peserta pembentang daripada 3 negeri ini membentangkan kertas kerja masing-masing dan seramai 200 peserta terlibat dalam seminar kali ini.
Program ini berlangsung di IAB Bandar Estek, N9 pada 28 – 31hb Julai 2025













Recent Comments