Dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Microsoft, Apple dan Google Malaysia serta Maxis eKelas sedang menyelaras program secara dalam talian untuk guru dan murid bersempena dengan cuti sekolah pertengahan tahun 2025 yang akan bermula pada 29 Mei sehingga 9 Jun 2025.

Semua program ini dirancang selaras dengan tiga (3) teras utama Dasar Pendidikan Digital (DPD) iaitu Murid Fasih Digital (Teras 1), Guru Kompeten Digital (Teras 2) dan Rakan Strategik yang komited (Teras 6). Aktiviti-aktiviti ini terbuka kepada guru dan murid KPM yang berminat. Terdapat lapan (8) aktiviti yang akan dilaksanakan iaitu dua (2) dengan kerjasama Microsoft Malaysia, dua (2) bersama-sama Apple Malaysia melalui Apple Profesional Learning Malaysia, tiga (3) bersama Google Malaysia melalui Awantec Sdn.Bhd dan satu (1) dengan kerjasama Maxis eKelas.

Tujuan utama pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membudayakan kemahiran mengintegrasikan teknologi pendidikan dalam kalangan guru dan murid. Selain daripada itu, program ini juga menyediakan aktiviti yang bermanfaat sepanjang cuti sekolah.

Anjuran : Microsoft Malaysia

Bil Tajuk Aktiviti & Kumpulan Sasaran  Tarikh & Masa Pautan
1.Tajuk: Create Your Own Game Bootcamp for School Students Using Microsoft: MakeCode Arcade anjuran Microsoft Malaysia   Sasaran: Murid Sekolah Rendah & Menengah KPM    Sesi 1: 4 Jun 2025 (Rabu) 10.00a.m -12.00p.m  https://tinyurl.com/y6bvp72x
  Sesi 2: 5 Jun 2025 (Khamis) 10.00a.m- 12.00p.m  https://tinyurl.com/48b3wfs2    
2.Tajuk: Bengkel Minecraft Education Challenge 2025   Sasaran: Murid Sekolah Rendah & Menengah KPM  Sesi 1: Versi Bahasa Melayu Sekolah Rendah 28 Mei 2025 3.00p.m -4.00pm  https://aka.ms/MEC2025  
Sesi 2: Versi Bahasa Inggeris Sekolah Rendah 30 May 2025 3.00p.m-4.00p.m  
Sesi 3: Versi Bahasa Inggeris Sekolah Menengah 5 Jun 2025 3.00p.m-4.00p.m

Anjuran : Apple Malaysia

BilTajuk Aktiviti & Kumpulan Sasaran  Tarikh & Masa Pautan
1.Tajuk: Digital Ideation using AR on iPad   Sasaran: Murid  Sekolah Rendah & Menengah KPM    Sesi 1: Design Thinking: Explore Idea using Freeform 29 Mei 2025 (Khamis) 10.00a.m – 11.30a.m  Telegram: http://tinyurl.com/Digital-Ideation-2025  
Sesi 2: Plan Idea using Pages & Keynote 29 Mei 2025 (Khamis) 3.00p.m- 4.30p.m  
Sesi 3: Build Idea using Keynote & GarageBand  30 Mei 2025 (Jumaat) 3.00p.m – 4.30p.m  
Sesi 4: Build Idea Prototype in Reality Composer Part 1 2 Jun 2025  (Isnin) 10.00a.m – 11.30a.m  
Sesi 5: Build Idea Prototype in Reality Composer Part 2 2 Jun 2025  (Isnin) 3.00p.m- 4.30p.m  
Sesi 6: Build Idea Prototype in Reality Composer Part 3 3 Jun 2025  (Selasa) 10.00a.m – 11.30a.m      
Sesi 7: Pitch Idea through Videos using Clips & iMovie 3 Jun 2025  (Selasa) 3.00p.m – 4.30p.m          
2  Tajuk: Teachers in Action -iPad in Classroom 2025   Sasaran: Guru KPMSesi 1: Understanding Lesson Design 29 Mei 2025 (Khamis) 9.00pm – 10.30pm  Telegram: bit.ly/teacherinaction2025 
Sesi 2: Pedagogical Skills in Lesson Design 30 Mei 2025 (Jumaat) 9.00pm – 10.30pm  
Sesi 3: SAMR in Lesson Design 2 Jun 2025 (Isnin) 9.00pm – 10.30pm  
Sesi 4: Design and Develop Attention-grabbing Content 3 Jun 2025  (Selasa) 9.00pm – 10.30pm  
Sesi 5: Aligning Lesson Design with Assessment Skills 4 Jun 2025  (Rabu) 9.00pm – 10.30pm  

Anjuran: Google Malaysia

Bil Tajuk Aktiviti & Kumpulan Sasaran  Tarikh & Masa Pautan
1Webinar 1: Lancarkan Komunikasi & Kolaborasi dengan Google Workspace for Education   Sasaran: Guru KPM      3 Jun 2025 (Selasa) 10:00a.m- 12:00p.m  https://forms.gle/cYJHjvZCDUyiiSA87
2Webinar 2: Perhebat Pengurusan Bilik Darjah dengan Alat Google Workspace for Education   Sasaran: Guru KPM  4 Jun 2025 (Rabu) 10:00a.m- 12:00p.m  https://forms.gle/W5GZMxBiAcDdTULU6  
3Webinar 3: Peribadikan Pembelajaran & Tingkatkan Produktiviti dengan Google Workspace for Education   Sasaran: Guru KPM5 Jun 2025 (Khamis) 10:00a.m- 12:00p.m  https://forms.gle/HnNdmwhcKgJQDaqG8

Anjuran : Maxis eKelas

Bil Tajuk Aktiviti & Kumpulan Sasaran  Tarikh & Masa Pautan
1.Tajuk: Get ready with eKelas: Unlock your AI superpower!   Sasaran: Murid Sekolah Rendah & Menengah KPM  Sesi 1: 3 Jun 2025 (Selasa) 11.00 am – 12.30pm   Sesi 2: 4 Jun 2025 (Rabu) 11.00 am – 12.30pm   Sesi 3: 5 Jun 2025 (Khamis) 2.30 – 4.00pm.  Borang pendaftaran: https://bit.ly/daftar_GenAIforGood    

 

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This