Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-53 Tahun 2024. Sambutan ini adalah bertujuan memperingati perjuangan dan khidmat bakti serta sumbangan para guru dalam mendidik anak bangsa. Untuk menghargai peranan mereka dalam pembangunan negara sebanyak 31 anugerah disediakan sebagai apresiasi kepada semua guru.

Sehubungan dengan itu, tuan dijemput untuk mengemukakan calon bagi setiap anugerah yang dipertandingkan. Semua calon hendaklah sampai ke Urusetia Anugerah Hari Guru Kebangsaan Peringkat Negeri pada atau sebelum 12 Januari 2024 (untuk kategori tokoh sahaja) manakala kategori lain adalah pada 19hb Febuari 2024

Bersama-sama ini disertakan Pautan Borang Pencalonan Anugerah, Panduan Pencalonan dan Senarai Semak Serahan Instrument Anugerah untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

  1. Tokoh Guru Kebangsaan
  2. Tokoh Kepimpinan Pendidikan
  3. Pencipta Kandungan Digital (Digital Content Creator)
  4. Kepimpinan (Lepas Menengah)
  5. Kesukarelawanan
  6. Kepimpinan (Rendah)
  7. Kepimpinan (Menengah)
  8. Guru Gigih Pedalaman
  9. INDIVIDU PRASEKOLAH KPM
  10. INDIVIDU PRASEKOLAH SWASTA
  11. INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
  12. INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
  13. KUMPULAN (PRASEKOLAH HINGGA MENENGAH)
  14. INDIVIDU LEPAS MENENGAH
  15. GURU OKU BERWIBAWA
  16. GURU PENDIDIKAN KHAS BERWIBAWA
  17. GURU SEKOLAH KHUSUS BERWIBAWA
  18. GURU ORANG ASLI/PERIBUMI BERWIBAWA
  19. GURU HEBAT BAHASA
  20. GURU SEKOLAH SWASTA BERWIBAWA
  21. PENSYARAH BERWIBAWA
  22. GURU MUDA BERPOTENSI
  23. GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  24. GURU TVET
  25. GURU TEKNOLOGI PENDIDIKAN DIGITAL
  26. GURU DELIMa
  27. GURU SUKAN
  28. GURU SENI PERSEMBAHAN
  29. GURU KOKURIKULUM
  30. GURU STEM
  31. ADIGURU

Panjang bukan senarai yang dipertandingkan. Maka kami menjemput semua warga negeri Selangor supaya agar boleh mencalonkan diri anda dalam mencari Tokoh Sambutan Hari Guru Kebangsaan ke-53.

Download bahan pencalonan dan hantar melalui pautan di bawah :

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This