Assalamualaikum wbrth dan Salam ABC Cikgu semua

Sukacita dimaklumkan bahawa program Future Skills for All yang berada dalam platform Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah satu usaha sama antara CelcomDigi, MDEC, UNICEF dan Arus Academy dengan sokongan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), KPM.

Tujuan utama kursus Future Skills for All adalah untuk memastikan guru dan murid KPM dapat mempelajari kemahiran seperti robotik dan pengaturcaraan serta memupuk minat terhadap STEM.

Bagi meningkatkan pelibatan guru dan murid dalam program tersebut, satu sesi taklimat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Oktober 2023 (Khamis)
Masa : 3.00 petang – 4.00 petang
Pautan : https://arus.cc/taklimat-FS4A

Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datu/Dr./tuan untuk memanjangkan jemputan sesi ini kepada warga guru dan murid di bawah seliaan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datu/Dr./tuan.

Sekian, terima kasih.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This