Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyarankan agar para guru meningkatkan kefahaman tentang literasi undang-undang membabitkan sektor pendidikan susulan trend kenaikan saman terhadap mereka yang meningkat sejak dua tahun lepas.


Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya telah menerima aduan saman terhadap guru berhubung beberapa isu berkaitan perkhidmatan, isu mengajar, menjalankan kokurikulum serta menguruskan sekolah dan setakat Mei ini lapan aduan telah diterima oleh organisasi berkenaan.


“Dalam hal ini kami di NUTP mengharapkan literasi undang-undang akan dipertingkatkan kepada guru kerana mungkin mereka (guru) kurang memahami undang-undang dan batas-batas yang seorang guru tidak boleh lakukan dalam kaitan perundangan – Sumber Astro Awani

Berhubungan dengan itu JPN Selangor menganjurkan webinar literasi Undang-undang untuk warga pendidik pada ketetapan berikut :

  • Tarikh : 7hb September 2023
  • Jam : 10 pagi
  • URL : Youtube

Jom bersama-sama panel jemputan kita Prof Madya Dr Ramalinggam Rajamanckam selaku pensyarah di Falkulti Undang-Undang di UKM. Lontarkan soalan anda kepada panel untuk dijawab nanti.

Jangan lupa temujanji kita nanti.

Sambil-sambil tu boleh lah tonton filem pendek berkaitan literasi undang-undang dan bahan untuk dimuat-turun

Muat-turun buku panduan Literasi Undang-Undang Warga Pendidik di bawah :

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This