Selesai sudah Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (Duta) bagi tahun 2022 pada 11hb Julai 2023 bertempat di Dewan Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, KPM di Bukit Kiara.

Majlis gilang gemilang ini diadakan untuk meraikan kemenjadian guru dan murid selaras dengan Dasar Pendidikan Digital, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majlis ini diadakan dalam dua sidang iaitu sidang pagi dan sidang petang dan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek pada sesi petang.

Bagi negeri Selangor kami mengucapkan tahniah kepada guru dan sekolah yang berjaya merangkul kemenangan yang penuh gilang-gemilang pada kali ini.

Tahniah kepada Cikgu Hasnan Zakaria atas Anugerah Ikon Guru Penyelaras Bestari

Nak template canva untuk rekabentuk anugerah negeri atau sekolah anda nanti ? Klik sini

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This