Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan(BSTP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka sebagai tuan rumah akan melaksanakan Pertandingan iOS App Ideation and Prototyping Challenge Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan.

Pertandingan ini adalah di bawah Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid yang bermatlamat untuk melahirkan murid yang fasih digital dan akan bermula pada 1 Ogos 2023 secara dalam talian.

Penyertaan pertandingan ini adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada dua (3) orang murid dan seorang guru pembimbing. Untuk tujuan tersebut, satu sesi taklimat akan diadakan secara dalam talian mengikut ketetapan berikut:

Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik dan kerjasama pihak YBhg. Datu/Dr./Tuan/Puan agar dapat memanjangkan maklumat berkaitan penganjuran pertandingan ini kepada semua sekolah di bawah tadbir urus pihak tuan.

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, pihak  YBhg. Datu/Dr./Tuan/Puan  dimohon menghubungi pegawai BSTP Puan Rabbiatul Najua binti Rosman melalui email [email protected] atau pegawai JPN Melaka Encik Zulhilmi bin Suradi, [email protected]Kerjasama YBhg. Datu/Tuan/Puan dalam menjayakan pertandingan ini amat dihargai.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This