Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN Melaka) dan Apple Professional Learning Malaysia (APLM), sukacitanya mengumumkan kembali bengkel dan pertandingan iOS App Ideation & Prototyping Challenge with iPad!

Penyertaan Pertandingan

Terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah (Tahap 2) dan Sekolah Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, warganegara Malaysia.
Penyertaan secara berkumpulan (3 murid + 1 guru pembimbing), wajib mengikuti bengkel
Penyertaan akan direkodkan dalam PAJSK berdasarkan peringkat kelayakan.

Penyertaan Bengkel

Beberapa siri bengkel akan dijalankan mengikut kategori sekolah secara atas talian.
Penyertaan bengkel terbuka untuk semua individu yang berminat (termasuk bukan murid sekolah KPM seperti MRSM dan sekolah swasta)
Sijil kehadiran bengkel akan diberikan kepada yang memenuhi syarat.
Bengkel bermula 1 Ogos sehingga 9 Ogos 2023 (rujuk jadual & pautan di laman web program)

Hadiah Pertandingan

Sekolah Menengah – sehingga RM 2000
Sekolah Rendah – sehingga RM 1000

Pautan

Rujuk laman web rasmi untuk maklumat terperinci syarat-syarat pertandinga, jadual dan pautan bengkel: https://bit.ly/iOSAppIdea2023
Sertai kumpulan Telegram peserta untuk makluman terkini dan komunikasi dengan pihak penganjur dan penceramah: https://bit.ly/2023iOSAppIdea

Jumpa di sana!

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This