Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor dengan kerjasama Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan melaksanakan program Jom Baca Bersama-Sama Untuk 10 Minit secara serentak mengikut ketetapan seperti berikut;

Tarikh : 18 Mei 2023 (Khamis)
Masa : 11.00 -11.10 pagi
Tempat : Organisasi masing-masing

Sehubungan dengan itu, pihak tuan dan seluruh warga sekolah adalah diundang untuk menyertai program tersebut. Pihak sekolah juga dimohon untuk membuat pendaftaran peserta sekolah melalui pautan yang disediakan. Templat sijil dan bahan promosi juga boleh diperolehi melalui pautan seperti berikut;

https://bit.ly/JomBaca2023 (pendaftaran)
https://bit.ly/LRT-2023 (templat sijil dan bahan promosi)

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, pihak tuan boleh berhubung dengan Puan Hafizah binti Mohamad, Penolong Pengarah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor melalui talian 03-55484450.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This