Anda cikgu yang bersemangat ? Ingin menambah kemahiran digital dalam PDP anda di sekolah ? Pada masa yang sama anda ingin dapat sijil profesional daripada Microsoft ?

Kami di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Selangor dan rakan strategik DELIMA KPM iaitu Microsoft Malaysia akan membawakan program untuk semua guru-guru di Selangor.

Apa program tersebut ? Kami namakan Bengkel Modern Classroom Experience yang mana dalam bengkel selamat 1 hari penuh anda akan didedahkan dengan :

  1. Software Classpoint dengan Microsoft Power Point
  2. MIEE Expert Certified daripada Microsoft
  3. Pengalaman menggunakan Microsoft Surface
  4. Berkongsi amalan terbaik dalam PDP secara digital bersama-sama Cikgu Aman

Berikut adalah tarikh-tarikh bengkel yang akan diadakan mengikut daerah masing-masing di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Selangor

  1. PPD Petaling Perdana (Isnin | 20 Feb 2023)
  2. PPD Petaling Utama (Selasa | 21 Feb 2023)
  3. PPD Gombak (Rabu | 22 Feb 2023)
  4. PPD Sepang (Khamis | 23 Feb 2023)
  5. PPD Kuala Selangor (Isnin | 27 Feb 2023)
  6. PPD Hulu Selangor (Selasa | 28 Feb 2023)
  7. PPD Klang (Rabu | 1 Mac 2023)
  8. PPD Sabak Bernam (Khamis | 2 Mac 2023)
  9. PPD Hulu Langat (Isnin | 6 Mac 2023)
  10. PPD Kuala Langat (Selasa | 7 Mac 2023)

Setiap slot PPD kami mampu sediakan 40 orang peserta sahaja dan ada hadiah penyertaan kepada yang berjaya terpilih nanti. BENGKEL INI PERCUMA DAN AKAN DILAKSANAKAN SECARA BERSEMUKA.

Berminat ? Sila isikan maklumat anda di borang yang disediakan dan peserta yang layak kami akan menghubungi mereka bersama-sama surat jemputan rasmi.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This