Pening menguruskan macam-macam data di sekolah ? Semua nak segera dan pantas zaman sekarang ! Makin lama makin serabut dan sukar nak rujuk pada siapa maklumat itu dan ini.

Kini tak lagi dengan penggunaan Google Data Studio yang mana kita dapat susun dan paparkan dalam bentuk dashboard yang menarik dan mudah.

Sertai kami selama DUA hari dalam mempelajari dengan mudah dan pantas mengenai Google Data Studio anjuran Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPN Selangor seperti ketatapan berikut di bawah :

  • Tarikh : 16-17hb November 2022
  • Masa : 8 pagi – 5.00 petang
  • Kapasiti : 40 Peserta (bersemuka)
  • Tempat : Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Selangor (penginapan disediakan)

Berminat ? cepat tempat terhad memandangkan budget dan ketersediaan tempat adalah terhad. Sila bawa laptop, power extension dan data untuk dibuat contoh nanti.

Penceramah yang kami bawakan adalah saudara En Yasir Asraf daripada USTP Gombak yang beliau merupakan pembangun sistem rintis i-Nilam menggunakan Google Data Studio bagi perekodan bacaan Nilam seluruh negeri Selangor yang mana melibatkan lebih 1 juta data rekod.

Bengkel kali ini bersemuka bukan online jadi tempat adalah terhad. Sebelum itu lengkapkan maklumat anda kepada yang berminat untuk kami hubungi anda jika berjaya. Lengkapkan maklumat penyertaan anda dibawah (PERCUMA).

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This