Anda cikgu perpustakaan ? Kami ingin menjemput anda untuk menonton Webinar Inovasi Pusat Sumber untuk melihat perkongsian CIkgu Ellea binti Ibrahim daripada SAMT Sultan Hisamuddin dan Cikgu Noraini binti Zaman daripada SMK Cheras Jaya.

Antara inovasi menarik yang akan dikongsikan adalah bagaimana nak menghalau makhluk perosak daripada masuk ke Pusat Sumber Sekolah, malah ada inovasi sekolah bagaimana dengan inovasi PSS dapat merawat air untuk diminum akibat isu kekurangan air bersih di sekolah dan berjaya mereka bateri mesra alam .. wah menarik bukan ?

Jom tonton perkongsian mereka live bersama-sama Cikgu Ismail bin Abd Munir daripada SK Sungai Burong selaku moderator pada waktu dan ketetapan berikut :

  • Hari : Khamis
  • Tarikh : 2 Jun 2022
  • Masa : 2.30 petang
  • Tempat : Youtube JPN Selangor
Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This