Sukacita dimaklumkan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan kerjasama bersama Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) bagi Program We Think Digital (WTD): Student Competition 2022. Penganjuran program WTD yang telah dilaksanakan sejak tahun 2020 menggunakan format pembelajaran daripada pelatih melalui bengkel fizikal dan dalam talian dan bagi tahun ini, WTD akan dihoskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak.

Program WTD merupakan program pembinaan kemahiran asas digital dan kemahiran kewarganegaraan digital bagi murid sekolah menengah seluruh Malaysia. Program kerjasama ini adalah satu inisiatif pengajaran dan pembelajaran digital bagi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran kaedah penggunaan internet yang betul.

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik dan kerjasama pihak tuan agar dapat memanjangkan maklumat berkaitan program ini kepada semua Sekolah Menengah di bawah tadbir urus pihak tuan. Maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan

https://sites.google.com/teachformalaysia.org/wethinkdigital-meta/home.

Bagi memantapkan lagi pelaksanaan Program WTD 2022 ini, satu sesi taklimat kepada guru pembimbing mengenai program ini akan diadakan secara dalam talian (aplikasi Zoom) mengikut ketetapan berikut:

Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini, mohon hubungi urus setia dari BSTP, KPM, Cik Syarifah Noor Aslah binti Syed Omar di talian 03- 2081 8183 atau e-melkan kepada [email protected]. Kerjasama dan perhatian tuan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Site pertandingan boleh rujuk di bawah :

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This