Tempoh hari kita dah tengok 10 perpustakaan paling cantik kat dalam Dunia … Eh tak mampulah nak pergi jauh sangat .. so hari ini kami senaraikan 10 perpustakaan wajib anda lawat dalam Malaysia. Jom kita tengok !

Nombor 1 : L45 (Kurau Community Library)

Berada di kawasan sekitar kejiranan, perpustakaan ni berkongsi ruang dengan perumahan pelajar. Dengan lebih 35,000 koleksi buku, kita akan rasa jatuh cinta dengan suasananya yg sangat tenang & bersih.

Nombor 2 : Syed Muhammad Naquib al-Attas Library, ISTAC

Perpustakaan ini telah ditubuhkan pd tahun 1987 oleh cendekiawan yang namanya tergolong dalam International Institute of Islamic Civilisation & Malay World (ISTAC). Perpustakaan ini menyimpan koleksi buku Islam & barat.

Nombor 3 : Pustaka Raja Tun Uda, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

Perpustakaan 6 tingkat yang luas ini mempunyai bahagian yang berasingan bagi kanak-kanak & dewasa. Sesuai untuk pelawat individu mahupun berkumpulan. Ini salah satu rakan strategik SSTP sejak dahulu lagi. Best datang sini.

Nombor 4 : Penang Digital Library

Menariknya, kita tak akan jumpa rak buku pun dalam perpustakaan ini sebab semuanya dalam versi digital. Perpustakaan 24 jam ini mempunyai dua bangunan iaitu Mansion Library & New Annexe yg lebih besar

Nombor 5 : Perpustakaan Negeri Sarawak @ Kuching, Sarawak

Perpustakaan Negeri Sarawak adalah yang terbesar di negeri ini. Terletak bersebelahan tasik buatan manusia, pelawat akan tetap selesa untuk membaca berjam-jam, ataupun sekadar duduk di kafenya dan berjoging di sekitar tasik.

Nombor 6 : Little Ziraffe Book Club @ Cheras, Kuala Lumpur

Little Giraffe Book Club ialah perpustakaan peribadi kecil. Mengumpulkan buku bahasa Malaysia, Inggeris & Cina. Terdapat juga sesi ‘story telling’ yang akan dijalankan disini setiap bulan

Nombor 7 : Rumah Attap Library and Collective, KL

Ditubuhkan pada 2017, perpustakaan ini terletak dalam deretan rumah kedai tahun 1950an yg telah dipulihkan. Ia juga merupakan ruang perbincangan, penerbitan, bengkel & forum.

Nombor 8 : Pusat Sumber Maklumat, Universiti Teknologi Petronas (UTP IRC)

Perpustakaan ni adalah pusat sokongan untuk aktiviti akademik universiti, jadi mungkin tidak dibuka kepada orang awam.

Menempatkan kira-kira 210,000 jilid item dengan koleksi yg terdiri daripada bahan bercetak, bukan bercetak & digital.

Disebabkan raknya yang tinggi, students suka ambil gambar konvo berlatar belakangkan perpustakaan ni

Nombor 9 : Perpustakaan MBSA Anggerik Mokara, Shah Alam

Diuruskan sepenuhnya oleh MBSA, perpustakaan ini menempatkan lebih 1,000 buku, yang mengutamakan pembaca dari golongan muda. Yaaa, sebab tu lah perpustakaan ni reka bentuknya berwarna-warni & menarik

Nombor 10 : Perpustakaan Negeri Sabah @ Tanjung Aru, Sabah

Dengan perpustakaan setinggi 6 tingkat berkeluasan lebih 62,000 sqft, perpustakaan ni bersifat mesra keluarga. Bahagian kanak-kanak pula bertema marin, mempunyai tali panjat, rak yang dibina khas, & juga buaian.

Haa menarik bukan perpustakaan dalam Malaysia ? Sama cantik dan menarik macam luar negara.

Kredit kepada twitter https://twitter.com/mybukuzzatee

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This