Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Pertandingan Inovasi Pembangunan Aplikasi Mobile Apps 2021 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis sebagai tuan rumah. Pertandingan Inovasi Pembangunan Aplikasi Mobile Apps 2021 akan dijalankan secara dalam talian.

Objektif pertandingan ini adalah untuk mempertingkat kemahiran digital dalam kalangan murid, mempertingkat kemahiran merancang murid dalam membuat kertas projek penyelidikan, dan mempertingkat kreativiti murid dalam membangunkan aplikasi.

Untuk makluman, Pertandingan Inovasi Pembangunan Aplikasi Mobile Apps 2021 terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia berumur 13 hingga 17 tahun secara berkumpulan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang guru pembimbing dari sekolah yang sama. Kategori pertandingan ini terdiri daripada kategori luar talian (offline) dan dalam talian (online). Penyertaan bagi kategori luar talian (offline) perlu menghantar fail APK projek aplikasi yang dihasilkan manakala penyertaan kategori dalam talian (online) dikehendaki menghantar pautan/link projek aplikasi yang dihasilkan.

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik dan kerjasama pihak Tuan agar dapat memanjangkan makluman berkaitan pertandingan ini kepada semua sekolah di bawah tadbir urus pihak Tuan. Maklumat lanjut mengenai Pertandingan Inovasi Pembangunan Aplikasi Mobile Apps 2021 boleh diakses melalui DELIMa KPM di bahagian aktiviti murid. Maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pembangunan-aplikasi-/utama.

Tarikh tutup penghantaran penyertaan adalah sebelum atau pada 15 Ogos 2021.

Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, mohon hubungi urus setia pertandingan, Puan Nurul A’syiqin binti Haris di talian 03-20818172 dari Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan atau Pn Norashikin binti Hasan di talian 04-9761703.dari Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This