Kembali kita ke siri 2 yang mana cuba membantu guru-guru capture screen atau record PDPR dengan mudah. Kali ini dengan software Logitech Capture dan cikgu perlukan hardware iaitu webcam Logitech C920 Pro, C922 Pro atau Logitech Stream Cam.

Cuma nak maklumkan harga webcam kelas stream HD nie agak mahal tapi kualiti 1080p cerah dengan kemampuan 1080p pada 30 fps atau 720p pada 60 fps. Boleh cari di Lazada atau shoppe. Model lain tak boleh ker ? Tak boleh sebab software nie software khas untuk webcam tersebut.

Download untuk Windows 10 dan kalau Mac sila download versi Mac

Lepas download pasanglah software tersebut macam biasa.

OK nie paparan software logitech capture tersebut

Mari kita tengok apa yang ada dalam software ini dan bagaimana ia boleh bantu cikgu share screen dengan lebih ringan ke Google Meet

  1. Bahagian 1 : ini adalah source yang mana cikgu boleh select source 1 adalah webcam atau desktop
  2. Pilihan camera
  3. Susunan scene atau layout. 1 adalah paparan penuh webcam, no 2 adalah paparan penuh desktop dan no 3 adalah PIP dengan kedudukan webcam kecil atau sebaliknya.

Bila dah siap cikgu boleh rekod untuk PDPR offline untuk hantar ke Youtube, Telegram atau media bersesuaian. Tapi kat sini kita boleh hantar paparan ini ke Google Meet dengan mudah.

Buka Google Meet, atau apa-apa software panggilan video di desktop automatik cikgu boleh pilih Logi Capture di situ

Cikgu boleh susun layout macam Cikgu Azman (Man Roy) macam di bawah tapi cikgu nie advanced dia pakai OBS kita pun boleh tiru juga dengan Logitech Capture ini tadi.

Nie setting chroma key enablekan dan pastikan cikgu ada layar hijau/biru yang bersesuaian
Boleh adjust basic untuk layar hijau atau biru. Kenapa warna lain tak ada ? nie warna kebanyakan industri guna

So selamat mencuba.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This