Kami menghargai pandangan dan saranan pelbagai pihak berkaitan TV Pendidikan. Sebenarnya KPM telahpun mewujudkan kembali TV Pendidikan yang disiarkan di televisyen konvensional pada 6 April 2020, iaitu sejurus selepas pelaksanaan PKP pertama pada 18 Mac 2020.

Sebagaimana yang kita maklum, TV Pendidikan di televisyen konvensional yang bermula pada 1972 telah dipindahkan ke dalam talian melalui EduwebTV pada 1 Mac 2008. Bermula pada 1 Januari 2009, TV Pendidikan tidak lagi disiarkan di saluran TV konvensional.

KPM telah mewujudkan semula TV Pendidikan konvensional bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti sesuai untuk mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pada masa ini TV Pendidikan bersiaran selama 9 jam sehari, iaitu 2 jam di TV Okey, 4 Jam di Astro Tutor TV dan 3 jam di NTV7. Kami sedar jumlah masa siaran ini adalah masih belum mencukupi dengan mengambil kira keadaan semasa.

KPM sentiasa berusaha untuk terus memperkasakan TV Pendidikan dengan pendekatan yang bersesuaian.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This