Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacitanya dimaklumkan bahawa BSTP dengan kerjasama DIGI dan Google Malaysia telah melancarkan satu pertandingan penyediaan skrip bagi penghasilan video bersempena dengan Safer Internet day 2020. Pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan murid.
  2. Murid boleh menyertai pertandingan ini dengan melayari laman cybersafeinschools.my. Untuk makluman pihak tuan juga, laman ini adalah laman web ‘live’ di mana peserta boleh membuat penyuntingan seperti yang diinginkan pada bila-bila masa sahaja.
  3. Pertandingan ini berlangsung mengikut fasa dan kita berada di fasa kedua sekarang iatu dari 1 Mei 2020 hingga 20 Julai 2020. Dengan ini dilampirkan poster versi bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
  4. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak tuan untuk memanjangkan perkara ini kepada warga sekolah dibawah seliaan tuan.

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This