Pada Selasa 25hb Feb 2020 di Tech Mahindra kami telah dijemput oleh pihak MDEC berkaitan perkongsian pintar bersama pihak Oracle berkaitan program coding beranimasi dengan menggunakan pengaturcaraan Alice 3.

Program ini memfokuskan pengkodkan mudah dengan teknik drag and drop seumpama scratch untuk menjalankan animasi java. Ia memberikan pendedahan awal kepada pelajar berkaitan syntax code alogarithm mudah pada peringkat awal pembelajaran.

Turut hadir wakil-wakil Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri (SSTP),Sektor Pembelajaran JPN daripada WP KL, Putrajaya dan Selangor. Turut sama En Johan daripada MDEC, En Rizki daripada Oracle dan BSTP KPM.

Oh ya kami sedang mencari sekolah-sekolah yang berminat dengan program ini untuk dijalankan di SSTP Negeri Selangor (dulu dikenali BTPN Selangor) yang mana kami menjemput sekolah yang berminat untuk menyertai kami untuk pendedahan awal program Oracle Alice ini. Tempat terhad dan kami berikan kepada yang mengisi awal borang di bawah. Terbuka kepada sekolah rendah dan menengah.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This