Assalamualaikum w.b.t

Kepada
Seluruh warga BTPN dan PKG Selangor

Semalam (9 Januari 2020) merupakan hari terakhir saya bertugas di BTPN Selangor sebagai Ketua Penolong Pengarah. Saya telah melapor diri di BTPN Selangor (pada masa itu dikenali sebagai PSPN) pada 2 Januari 2004 sebagai Penolong Pengarah. Dan saya telah melapor diri sebagai Pengetua SMK SS17 pada 2 Januari 2020. Genaplah 15 tahun saya bertugas di BTPN Selangor.

Tibalah masa untuk saya melangkah pergi menghadapi cabaran yang baru pada tahun 2020.

Saya merakamkan ucapan terima kasih di atas segala sokongan yang tuan/puan berikan kepada saya sepanjang masa saya berkhidmat di BTPN baik sebagai Penolong Pengarah atau sebagai Ketua Penolong Pengarah. Budi baik tuan/puan semua tetap terpahat di hati saya.

Saya juga ingin memohon maaf seandainya ada hati yang terluka, ada jiwa yang terasa sepanjang saya berurusan dengan tuan/puan.

Mohon dihalalkan segala yang termakan dan terminum, juga mohon dihalalkan segala ilmu yang saya perolehi daripada tuan/puan.

Sesungguhnya segala memori suka duka bersama seluruh warga kerja BTPN dan PKG akan menjadi kenangan abadi sepanjang hidup saya.

Saya doakan tuan/puan selalu sihat dan berada dalam keberkatan Allah SWT.

Bagi yang telah dan akan mendapat AP saya doakan agar tuan/puan teruskan kecemerlangan di tempat kerja yang baharu. Walau di mana kita berada laksanakan tugas dengan penuh integriti, bertanggungjawab dan sentiasa patuh kepada peraturan sebagai penjawat awam.

Sentiasalah memberi yang TERBAIK untuk mendapat yang TERBAIK.

Semoga kita akan berjumpa lagi…….

Nik Asma Bt Nik Ahmad
Pengetua
SMK SS17,
Subang Jaya.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This