Ada yang bertanyakan kepada kami bagaimana hendak membeli peralatan bantu mengajar terutama LCD di sekolah dengan menggunakan peruntukan Geran Per Kapita atau PCG mata pelajaran. Adakah memerlukan kelulusan Jawatankuasa ICT di JPN atau boleh beli melalui tatacara biasa di sekolah ?

Selepas mendapatkan maklumat daripada Sektor Pengurusan ICT JPN Selangor (rujuk JPN masing-masing ya) peralatan projektor LCD dikecualikan daripada kelulusan JKPICT sekolah hanya perlu proses pembelian biasa di sekolah.

Rujuk maklumat dibawah (kami dapat daripada SPICT JPN Selangor) untuk panduan untuk tindakan sekolah. Sebarang pertanyaan tuan/puan perlu berhubung dengan dengan SPICT sebab mereka yang mengawal selia peraturan sedia ada.

Moga dengan maklumat ini dapat membantu guru-guru menyampaikan PDP dengan lebih berkesan lagi.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This