Dimaklumkan bahawa bermula 1 hb Julai 2019 semua perkhidmatan dibawah kontrak 1Bestarinet akan tamat.

Berikut adalah surat pemakluman yang telah diedarkan oleh pihak KPM

Pihak KPM akan mengeluarkan senarai ISP untuk sekolah-sekolah bermula Isnin.

ISP yang telah dilantik untuk projek Interim adalah pihak TM, Celcom dan Maxis dan kerja-kerja pemasangan akan bermula pada 24hb Jun 2019.

Untuk pelantar pembelajaran maya sekolah akan menggunakan Google Classroom yang mana ID Guru dan Pelajar akan diedarkan kelak.

Pihak kami akan mengemaskini maklumat ini daripada masa ke semasa.Harap maklum.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This