Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA 2019) dianjurkan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi (BSTP), KPM kini telah dibuka.

Objektif CAKNA ialah

  • memupuk dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritikal mengenai isu-isu semasa berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) , keselamatan siber dan penggunaan internet secara positif;
  • merapatkan jurang murid antara bandar dan luar bandar dalam konteks keselamatan siber;
  • menggalakkan penggunaan teknologi dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT); dan
  • menggalakkan keyakinan diri melalui pengucapan awam dan kemahiran interpersonal

Berminat ? Perandingan ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan terbuka kepada semua murid tingkatan 4 dan 5 daripada sekolah menengah harian sahaja.

Topik yang diketengahkan tahun ini ialah “Penggunaan internet secara beretika. Bincangkan.”

Berminat sila hantar video tidak melebihi 3 minit sebelum atau pada 30 April 2019.

Ada sedikit perubahan tahun ini iaitu 2 orang peserta daripada setiap sekolah yang mana seorang yang akan membentangkan idea dan seorang lagi adalah untuk membantu daripada segi teknikal.

Contoh video daripada wakil Selangor 2018

Hantar calon sekolah anda di sini

  Peraturan dan Undang-Undang CAKNA 2019 (46.8 KiB, 2,472 hits)

  Borang Penyertaan CAKNA (94.1 KiB, 1,917 hits)

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This