Debaran semakin hampir untuk pertandingan Cabaran Siber Nasional (CAKNA) dan National ICT Security Discourse (NICTSeD) yang akan diadakan di BTPN Kelantan pada 19-27hb Julai 2018.

Sebagai persedian pihak kami telah mengadakan bengkel pembugaran topik dan persediaan kepada para peserta NICTSeD dan CAKNA selama 3 hari 2 malam untuk membantu para peserta memahami dan bersedia dari segi mental dan fizikal pada hari pertandingan kelak. Bengkel ini telah bermula dari 10-12hb Julai 2018 di BTPN Selangor dengan dibantu oleh tenaga pengajar dan guru yang berpengalaman.

Wakil Selangor bagi tahun 2018 adalah daripada SMK Convent (M) Kajang dan SMK Syed Mashor. Sokonglah team Selangor ! Follow kami di facebook BTPN Selangor untuk kemaskini daripada masa ke semasa.

 

 

 

 

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This