Dimaklumkan bahawa kami ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai penyertaan NICTSeD 2017 (Pusingan Kelayakan), di mana tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mei 2017.

Sehingga hari ini, pihak CSM hanya menerima 3 penyertaan sahaja. Butiran penyertaan adalah seperti berikut:

  1. Negeri Sembilan – 1 penyertaan
  2. Selangor – 1 penyertaan
  3. Pulau Pinang – 1 penyertaan

Sehubungan itu, tarikh penghantaran bahan bagi penyertaan tersebut dilanjutkan ke 16 Jun 2017 (seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri) untuk memberikan masa lagi kepada murid-murid bagi menyediakan video, slaid pembentangan serta executive summary.

Harap maklum. Sekian, terima kasih.

 

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This