Perhatian kepada semua Pengetua, Guru Besar, Guru Penyelaras, dan murid-murid berumur 10 hingga 16 tahun di seluruh negeri Selangor!
Adakah anda bersedia untuk menguasai teknologi kecerdasan buatan (AI) dan menjadi pencipta masa hadapan digital? Jom sertai webinar taklimat khas UOB My Digital Space, sebuah program literasi digital peringkat kebangsaan yang dianjurkan dengan kerjasama Virtualtech Frontier, disokong oleh MDEC, dan telah mendapat kelulusan rasmi daripada KPM (BSKK)!
Butiran sesi Live / Webinar adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 17 Julai 2026
⏰ Masa: 3.00 Petang
📺 Platform: Siaran Langsung (LIVE) di YouTube JPN Selangor
🔗 Pautan Live Youtube : Klik bit.ly/jomuob
Kenapa Anda Wajib Sertai Program Ini?
✅ Penyertaan adalah PERCUMA!
✅ Belajar Kemahiran Baharu: Akses kepada 5 modul pembelajaran digital yang sangat menarik, termasuk pengenalan kepada AI, penjanaan imej & video AI, keselamatan siber, dan Prompt Engineering
✅ Sijil & Ganjaran: Peserta yang melengkapkan modul akan menerima lencana digital (digital badges) dan Sijil Penyertaan rasmi
✅ Peluang Menang Hadiah: Bentuk pasukan anda, cipta penyelesaian inovatif berkuasa AI untuk masalah dunia sebenar (Cabaran Inovasi Digital), dan rebut peluang membentangkan idea di Grand Finale untuk memenangi hadiah wang tunai!
Mari bersama-sama membina penyelesaian digital untuk manfaat komuniti dan dunia. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, kuota mungkin terhad!
👉 Klik bit.ly/jomuob pada jam 3 petang besok untuk sertai kami!
“Digital Future, Creative Mind” 💡🤖
Recent Comments