Dimaklumkan bahawa Maxis Berhad kan melaksanakan Misi Jelajah Digital 2024 bermula pada 15hb Ogos sehingga 21hb Oktober 2024.

Progam ini melibatkan beberapa siri bengkel bersemuka dan pertandingan menghasilkan poster menggunakan kecerdasan buat generatif (Gen-AI).
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan kecerdasan buatan generatif (Gen-AI) dalam kalangan murid dan guru bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran.
Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut :
- Terbuka kepada semua murid rendah dan menengah di bawah KPM
- Berumur 10-17 tahun sahaja
- Berkumpulan 2 murid dan 1 guru pembimbing
Perlaksanaan program ini mendapat sokongan dari Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan dan Bahagian Sukan, Kurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Haa dah tak sabar bukan ? jom tonton taklimat pertandingan yang akan di adakan seperti berikut :
Tarikh : 28hb Ogos 2024 (Rabu)
- Masa : 2.30 petang
- Pautan : https://tinyurl.com/misijelajahdigital
- URL pertandingan : www.ekelas.com.my/mhd2024
Recent Comments