Dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Microsoft Malaysia akan menyelaras satu aktiviti cuti sekolah bagi penggal ke-3 tahun 2023 yang bertajuk Microsoft FUN-Tastic 2023 Year End School Break Program. Bengkel secara dalam talian ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Bengkel yang bersiri ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah yang berminat. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk merangsang minda murid secara kritis dan kreatif serta unik melalui aktiviti yang berasaskan coding atau kod arahan dalam bahasa pengaturcaraan agar melahirkan murid yang fash digital. Selain daripada itu, bengkel ini juga adalah untuk menyediakan aktiviti yang bermanfaat semasa cuti sekolah.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This