Pada Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 pada 21hb November 2017, SBPI Gombak telah berjaya dinobatkan sebagai sekolah terbaik dalam Tahap Bestari kategori Sekolah Menengah.

Sehubungan dengan itu, pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berjanji dan telah menyumbang satu Kit Digital Making sebagai kepada SBPI Gombak. Malah pihak MDEC juga telah menganjurkan satu sesi latihan intensif kepada murid dan guru yang terpilih untuk memberikan pendedahan tentang cara penggunaan peralatan tersebut.

Aktiviti pada hari pertama adalah sesi pengenalan kepada Arduino secara teori dan praktikal. Seterusnya aktiviti pada hari kedua adalah lebih kepada Projek dan Pengenalan kepada Mikro MCookie 102 Basic Kit.

Aktiviti hari ketiga pula, peserta diberi pendedahan kepada MBot Educational Kit. Murid didedahkan dengan penggunaan Bahasa pengaturcaraan MBot Scratch untuk menggerakkan robot. Murid didedahkan dengan menghasilkan elemen-elemen bunyi yang berbeza mengikut situasi. Contoh seperti bunyi ringtone. Di samping itu juga murid ditugaskan untuk membuat beberapa projek antaranya ialah menggerakkan robot mengikut litar.

Maklumbalas daripada pihak penceramah, penglibatan guru dan murid amat memberangsangkan dan sangat proaktif. Guru dan murid menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyiapkan projek menggunakan perisian Arduino. Murid dapat menguasai perisian Arduino dengan cepat dan mudah.

Pencapaian Aktiviti

  1. Dapat mengenal komponen-komponen elektronik dan fungsinya.
  2. Menghasilkan aplikasi dan inovasi berdasarkan asas perisian Arduino.
  3. Membuat projek menggunakan gabungan teknik-teknik yang telah dipelajari.
  4. Dapat menghubungkaitkan program Aduino dengan kehidupan seharian.
  5. Murid didedahkan dengan penggunaan Scratch MBot.

HARI PERTAMA, 16 JANUARI 2018 (SELASA)

HARI KEDUA, 17 JANUARI 2018 (RABU)

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan Negeri Selangor
Sesi bersama Pengetua
Peserta mendengar taklimat pengenalan Arduino
Perkongsian unit RND bersama pegawai BTPN
Majlis Penyerahan Hadiah Anugerah Pembestarian ICT SEK.MEN oleh wakil MDEC
Sesi Pengenalan Arduino
Aktiviti kumpulan
Aktiviti kumpulan
Peserta bengkel bersama Pn. Pengetua
Kumpulan guru menyiapkan tugasan
Peserta tekun menyiapkan tugasan
Peserta mencuba kod pengaturcaraan
Peserta guru dan murid yang terlibat
Guru-guru yang mengikuti kursus Arduino
Lawatan daripada pihak BTPN
Majlis Penutup bersama Pn. Pengetua
Robot berfungsi di atas litar
undefined
undefined
Shares
Share This