Sukacita dimaklumkan bahawa EDUSPEC Sdn. Bhd. dengan kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang akan melaksanakan National Robothon Challenge (NROC) Tahun 2025 peringkat kebangsaan

Tema NROC 2025 ialah ”Terra Protocol” (rujuk surat iringan) yang memberi fokus kepada inovasi robotik dan kecerdasan buatan bagi menyokong kelestarian alam sekitar. Program ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah KPM. Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada dua (2) orang murid bagi sekolah rendah dan empat (4) orang murid bagi kategori sekolah menengah serta seorang guru pembimbing.

Tarikh : 16 Jun 2025 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Pautan : www.youtube.com/SSTPJPNPAHANG (saluran Youtube : SSTP JPN Pahang)

Site pertandingan rujuk https://www.facebook.com/people/NROC-Malaysia/61575792373964/

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This