Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memastikan para guru memiliki kompetensi tinggi dan daya saing yang positif di peringkat global, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025). Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), KPM berperanan sebagai peneraju Teras 2: Pendidik Kompeten Digital di bawah Dasar Pendidikan Digital (DPD).

Pakar Jauhari merujuk kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang digital. Individu yang dipilih sebagai Pakar Jauhari ialah mereka yang memiliki pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman mendalam dalam meneroka, mengaplikasikan serta mengoptimumkan strategi dan teknologi berkaitan transformasi digital dalam pendidikan.


Kriteria kelayakan untuk pencalonan Pakar Jauhari Digital adalah seperti berikut:

  1. Berkeupayaan menggunakan strategi digital yang fleksibel, menyeluruh, dan berkesan secara meluas serta menjadi sumber inspirasi.
  2. Menjadi pakar rujuk yang kritis dalam menilai kesesuaian pendekatan pedagogi dan penggunaan alat digital semasa, serta berperanan sebagai pencetus inovasi dan suri teladan (sekurang-kurangnya telah membimbing 10 orang PPP lain).
  3. Terbuka kepada PPP yang berkhidmat di Sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malalaysia (KPM) Sahaja
  4. Mempunyai pensijilan syarat khas bagi setiap pensijilan professional yang ditetapkan. Sekurang-kurangnya GCE level 2, MIEE, Apple Teacher atau yang setaraf.
  5. Tidak pernah mengikuti Program Pakar Jauhari dari tahun 2023 dan 2024.
  6. Hanya satu program untuk setiap PPP.

Antara program Guru JAUHARI ditawarkan adalah :

  1. Latihan Pemantapan Pakar Jauhari Digital Profesionalisme Keguruan Microsoft Certified Educator (MCE)
  2. Latihan Pemantapan Pakar Jauhari Digital Profesionalisme Keguruan Google Certified Trainer (GCT)
  3. Latihan Pemantapan Pakar Jauhari Digital Profesionalisme Keguruan (Augmented Reality) AR
  4. Latihan Pemantapan Pakar Jauhari Digital Profesionalisme Keguruan Becoming An Apple Teacher
  5. Latihan Pemantapan Pakar Jauhari Digital Profesionalisme Keguruan (Developing Animated Content)
  6. Latihan Pemantapan Pakar Jauhari Digital Profesionalisme Keguruan Google Workspace – Data Studio
  7. Latihan Pemantapan Pakar Jauhari Digital Profesionalisme Keguruan (Grafik Design-Canva)
  8. Latihan Pemantapan Pakar Jauhari Digital Profesionalisme Keguruan Developing Short Movies with iMovie
  9. Latihan Pemantapan Pakar Jauhari Digital Profesionalisme Keguruan Data Visualization – Power BI Latihan Pemantapan
  10. Pakar Jauhari Digital Profesionalisme Keguruan (Generatif Al Foundation)

Berminat dengan peningkatan kemahiran di atas ? Ayuh isi borang melalui pautan di bawah :

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This