Program yang merangkumi bengkel dalam talian dan pertandingan ini memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah KPM tentang kemahiran membangunkan aplikasi Android bertemakan “Smart Cities, Smart Life – The Future Starts Here”. 

Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah KPM secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga (3) orang murid serta seorang guru pembimbing. Untuk tujuan tersebut, satu sesi taklimat akan diadakan secara dalam talian mengikut ketetapan berikut:

Tarikh     :  3 Mac 2025 (Isnin)

Masa      :  2.00 petang                    

Pautan   :  https://tinyurl.com/apkANDROID2025           

(saluran Youtube: Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan JPNT) 

Jemput semua warga sekolah negeri Selangor menyertai pertandingan ini. Layari web pertandingan di https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pembangunan-aplikasi-2025/utama?authuser=1

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This