SSTP Selangor bersama-sama syarikat YILMU akan membawakan bengkel bagaimana menggunakan AI dalam membantu guru-guru menyediakan Rancangan Pembelajaran Harian dengan menggunakan AI serta membantu pihak pendtadbir, dan penyelia di PPD menyelia RPH dalam satu tempat.
Apa membezakan ia dengan eRPH sedia ada ? eRPH hanya template yang sama antara satu sekolah dan sekolah yang lain dan tidak dapat memberikan cadangan RPH yang pelbagai dan cikgu terpaksa berfikir dan mencari idea supaya RPH cikgu sesuai dengan keadaan dan pemboleh ubah yang ada.

Dengan penyelesaian daripada pihak YILMU AI mereka akan mengarang berdasarkan input tanpa berlaku plagiat RPH antara sesama cikgu dan ia unik kerana ia mempunyai data Machine Learning yang sentiasa berkembang dengan keadaan semasa.

Nak belajar sesuatu yang baru hari ini ? Ikuti taklimat mereka selama 2 hari iaitu pada 12hb Mac 2025 (10 pagi) dan 13hb Mac 2025 (2.30 petang) melalui Youtube Live di bawah
Recent Comments