Adakah anda seorang pendidik yang ingin memperkasa kemahiran bimbingan teknologi Apple di sekolah? 📱💡 Kini, permohonan Apple Learning Coach (ALC) Kohort 2 telah dibuka! 🚀✨
🛑 PENTING: Jangan daftar terus melalui laman sesawang Apple Education! Permohonan rasmi hanya melalui DELIMa. Ini adalah kerana:
- Bagi mendapat kebenaran daripada KPM.
- Data guru akan diambil sebagai Guru Pakar KPM.
- Dalam permohonan ALC guru yang memohon perlu meletakkan email KJ/GB/Pengetua. Apple akan hantar email kepada mereka untuk memberi kebenaran kepada guru mereka untuk mengikuti kursus, tanpa punca kuasa daripada KPM mereka tidak akan beri kelulusan dan Apple akan tolak permohonan tersebut.
- Jika mendapat kebenaran daripada KJ/GB/Pengetua, akan ada 2 hari waktu bekerja di dalam program, di mana setiap guru perlu menghadiri bengkel dalam talian sepenuhnya dan meninggalkan kelas. Tanpa punca kuasa, KJ/GB/Pengetua tidak dapat membenarkan guru mengikuti kursus kerana kelas akan ditinggalkan tanpa pengawasan.
- Jika daftar sendiri tanpa melalui DELIMa, 43.5 jam credit untuk SPLKPM tidak dibenarkan.
💡 Langkah-langkah untuk memohon:
✅ Log masuk ke DELIMa dan mohon melalui menu ALC.
✅ Tunggu e-mel pengesahan melepasi saringan daripada BSTP, KPM. Ikuti arahan untuk mendaftar permohonan ALC melalui pautan yang diberikan melalui email tersebut.

Program ini adalah peluang terbaik untuk guru yang ingin membimbing rakan pendidik dalam menerapkan teknologi Apple secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jangan lepaskan peluang ini! Mohon sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti pendidik inovatif!

Recent Comments