Ya cuti sekolah hampir tiba dan pihak KPM bersama-sama pihak Microsoft akan menganjurkan beberapa bengkel untuk guru dan murid untuk mengisi masa lapang anda nanti.
Ayuh sertai program khas untuk guru dan murid seperti ketetapan berikut :
UNTUK GURU SAHAJA :


Kami dengan sukacitanya menjemput cikgu untuk menyertai program istimewa Mine-Dagogy: Minecraft Bootcamp Challenge yang akan berlangsung secara dalam talian!
Program ini direka khusus untuk cikgu-cikgu yang sudah mempunyai asas dalam Minecraft Education (ME) & berminat untuk meneroka lebih jauh potensi penggunaan Minecraft sebagai alat pembelajaran yang menyeronokkan & inovatif.
Berikut adalah butiran program:
📅 Tarikh: 18-19 Disember 2024 (Rabu & Khamis)
⏰ Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang (Hari Pertama) & 9:00 pagi – 4:00 petang (Hari Kedua)
🔗 Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/Mine-Dagogy2024
Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kemahiran & menyertai pengalaman pembelajaran yang mengujakan ini.
Jumpa cikgu di bootcamp nanti! 👋
UNTUK MURID :




Kami dengan sukacitanya memperkenalkan program Minecraft Education Hour of Code (MEHoC): Malaysian School Break Bootcamp!
Program ini, yang dijalankan secara dalam talian, adalah peluang hebat untuk murid-murid mengisi cuti sekolah mereka dengan aktiviti pembelajaran interaktif, kreatif & menyeronokkan menggunakan Minecraft Education (ME).
Mohon jasa baik cikgu-cikgu untuk menyebarkan hebahan ini kepada murid-murid & ibu bapa mereka.
Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh:
Sesi 1: 23 Disember 2024 (Isnin)
Sesi 2: 24 Disember 2024 (Selasa)
Sesi 3: 26 Disember 2024 (Khamis)
Sesi 4: 27 Disember 2024 (Jumaat)
⏰ Masa: 9:00 pagi – 12:00 tengah hari
🔗 Pautan Penyertaan:
Sesi 1: https://bit.ly/MEHoC-TheShow
Sesi 2: https://bit.ly/MEHoC-GameCode
Sesi 3: https://bit.ly/MEHoC-GenerationAI
Sesi 4: https://bit.ly/MEHoC-MATH
Rakaman program bagi yang terlepas boleh rujuk sini https://sway.cloud.microsoft/XkGwYX5u5EAuhetf?ref=Link
Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada teknologi tetapi juga membantu murid-murid mengembangkan kreativiti & kemahiran abad ke-21 mereka.
Jangan lepaskan peluang ini untuk memberi pengalaman bermakna kepada pelajar-pelajar kita! 😊
Terima kasih atas kerjasama cikgu-cikgu dalam menghebahkan program ini
Recent Comments