Jom sertai pertandingan Coolest Projects Malaysia, ini adalah sebuah pertandingan dan pameran untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah untuk mempamerkan projek yang mereka hasilkan dengan teknologi seperti animasi, permainan, projek elektronik, projek robotik dan sebagainya.

Antara pertandingan yang sekolah boleh sertai dalam kategori Rendah dan Menengah adalah seperti berikut :
- Visual Programming (Scratch, makecode for micro:bit dan dll)
- Game (platform tidak berasaskan Visual Programming)
- Hardware (Arduino, Lego Robotics, Raspberry Pi dan hardware lain yang bersesuaian)
- Web (dibina menggunakan HTML dan CSS tetapi mengandungi web programming language seperti Javascript)
Kreteria adalah seperti berikut :
- Umur: 10 – 17 tahun.
- Individu / berkumpulan (tidak melebihi 3 peserta)
- Coding / computational : Projek yang dihasilkan wajib mempunyai pengabungan elemen pembelajaran STEM (sains, teknologi, kejuruteraan, matematik) dengan pengaturcaraan.
- Passion for community: Projek yang dihasilkan haruslah bertujuan untuk menyelesaikan masalah komuniti yang sejajar dengan 17 Sustainable Development Goals of the United Nation.
Hadiah :
Bagi setiap kategori projek dalam kumpulan sekolah rendah dan menengah:
- Johan : RM 700
- Naib Johan : RM 500
- Tempat ke-3 : RM 400
- Tempat ke-4 : RM 200
- Tempat ke-5 : RM 200
Bagi setiap kumpulan sekolah rendah dan menengah secara menyeluruh tanpa mengambil kira kategori:
- Coolest Project: RM 500
- Best presentation: RM 300
- Project That Captured Our Heart (Judges): RM 300
- Most Popular Project: RM 300
- School with highest qualifying project submissions: RM1500
Yuran
1 Penyertaan adalah secara percuma. Tiada sebarang bayaran atau yuran untuk menyertai Coolest Projects Malaysia 2024.
- Makanan dan T-shirt disediakan kepada para peserta finalis yang akan menghadirkan diri pada peringkat akhir pertandingan ini di Pulau Pinang (PISF).
- Subsidi perjalanan dan penginapan disediakan kepada peserta finalis dari luar Pulau Pinang (maksimum 3 pelajar dan 1 guru) yang akan hadir pada peringkat akhir pertandingan ini. Peserta finalis yang berminat boleh memohon subsidi perjalanan dan penginapan ini melalui saluran yang akan diumumkan kemudian.
- Subsidi ini hanya akan diperolehi dalam masa 6-8 minggu selepas pertandingan.
Site pertandingan https://coolestprojectsmalaysia.com/
Slide penerangan download di bawah :
Recent Comments