Lanjutan daripada pengumuman baucar buku semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini memaklumkan bermula jam 2 petang hari ini – murid tahun 4 sehingga tahun 6 boleh menebus baucar RM50, sementara pelajar sekolah menengah, institusi pendidikan tinggi dan perguruan IPGM pula boleh menebus baucar buku RM100 – menggunakan aplikasi DELIMa.

Sedutan tangkap layar contoh Ikon dalam portal DELIMa

Kemudahan ini diintegrasikan pada aplikasi DELIMa, bagi melancarkan proses penebusan baucar buku kalangan murid dan pelajar di bawah institusi pendidikan KPM.

Di mana murid dan pelajar hanya perlu log masuk aplikasi tersebut dan klik pada butang Kota Buku Digital untuk pendaftaran perolehan kredit baucar buku mengikut kategori pendidikan. Setelah mendaftar, kredit tersebut akan dipapar pada akaun masing-masing.

Menerusi langkah ini, ia akan membolehkan murid dan pelajar menggunakan kredit tersebut untuk pembelian buku dan turut tersedia cadangan buku di bawah Judul Cadangan Madani. Setelah selesai murid dan pelajar juga boleh terus mendaftar keluar dan laksana pembayaran secara kredit e-kedai untuk tindakan pembelian buku.

Dengan adanya lanjutan pemberian baucar buku ini, ia sekaligus membantu negara meningkatkan komitmen membaca dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan pelajar.

Kredit artikel : https://rnggt.com/202435838/

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This