📻 Untuk makluman tuan puan, Karnival Pendidikan Sinar Bestari kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 8, 9 & 10 Sept 2023
Masa : 9.00 pagi hingga 7.00 ptg
Tempat : Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Pelbagai pertandingan untuk pelajar diadakan sempena karnival seperti:

  1. Pertandingan Kawad Kaki SM
  2. Pertandingan Tarian SK, SMK
  3. Pertandingan Bola Keranjang SMK
  4. Pertandingan Koir SK, SMK
  5. Pertandingan Dikir Barat SK, SMK
  6. Sinar Bestari Got Talent
  7. E-Games
  8. Pertandingan Pidato SMK
  9. Pertandingan Cerpen
  10. Crossword Puzzle
  11. Pertandingan Bicara Berirama
  12. Pertandingan Bercerita Sirah Nabi
  13. Pertandingan Robotik SK, SMK
  14. Pertandingan Penglipur Lara SK
  15. Kids Quran Hour

Bagi sekolah yang berminat, boleh lengkapkan penyertaan melalui https://sinarbestari.sinarharian.com.my/karnival-sinar-bestari sebelum 11 Ogos 2023 atau Whatsapp 0192329032 (Hotline).

Selain itu, ada pelbagai pameran yang dianjurkan oleh agensi antaranya:

📌Pameran Planetarium, TikTok, Les Copaque Academy, Air Asia Academy dan Apple Educational
📌Pameran dan demo dari agensi kerajaan seperti PDRM, Bomba, ATM, Penjara dan AADK
📌Pameran dari JPN Selangor – Sektor Sumber Manusia (Hrmis) dan Sektor Psikologi dan Kauseling
📌Pameran Digital Skil dan Kerjaya
📌Pemeriksaan kesihatan & gigi
📌Pameran Masuk U

Turut disediakan aktiviti untuk murid-murid dan guru-guru seperti:

📚Pameran dan jualan buku- Diskaun pembelian buku & potongan 50% kad keahlian percuma seumur hidup
👹Rumah Hantu
🐤Mini Zoo
🐴Menunggang kuda
🍱Jualan rahmah dari FAMA
Makan Fest

Sekali lagi kami memohon jasa baik tuan puan dapat menyebarluas maklumat ini kepada warga sekolah agar dapat membawa murid-murid untuk lawatan ke Karnival Pendidikan Sinar Bestari Negeri Selangor.

Sasaran karnival ini adalah setiap sekolah diminta menghantar sekurang-kurangnya dua atau tiga bas atau lebih ke karnival sebagai menyokong karnival pendidikan yang julung kalinya diadakan ini.
Pengangkutan dan perbelanjaan atas tanggungan pihak sekolah.
Boleh berbincang dengan PIBG untuk memohon sumbangan kewangan jika perlu.
Jasa & keprihatinan tuan dalam perkara ini amat kami hargai.

Sekian, terima kasih

MAKLUMAT PENTING

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://sinarbestari.sinarharian.com.my/karnival-sinar-bestari
Mohon nyatakan kehadiran di: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe3v9bAoRzlpqY0Z-4KcvgdCJlSRMb5u0I6DXXLhre6yIf1Vw/viewform

No telefon untuk dihubungi
Hotline – 019 232 9032 (WHATSAPP)
Siti Farihan – 013-2780802

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This