Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan(BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan melaksanakan Drone Edu Challenge IR4.0 (DEC4IR)


Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Pertandingan ini adalah di bawah Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid yang bermatlamat untuk melahirkan murid yang fasih digital.

Tujuan DEC4IR ini adalah untuk memperkenalkan teknologi dron dan membina kemahiran pengaturcaraan dalam kalangan murid-murid sekolah KPM. Untuk makluman, DEC4IR terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia berumur 7 hingga 17 tahun secara berkumpulan yang terdiri daripada dua (2) murid dan seorang guru pembimbing. Pertandingan ini akan bermula pada 19 Jun 2023 secara dalam talian. Untuk tujuan tersebut, satu sesi taklimat akan diadakan secara dalam talian mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Jun 2023 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Pautan : https://bit.ly/taklimatdec4ir23

Sekian terima kasih

Media sosial rasmi Drone Edu Challenge IR 4.0 Tahun 2023:
a) Telegram Channel: https://t.me/dec4ir
b) Youtube: www.youtube.com/ @DroneEduChallengeIR40
c) Facebook: www.facebook.com/droneeduchallenge
d) Instagram: www.instagram.com/droneeduchallenge/

Website DEC4IR :
https://dec4ir.com

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This