Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan pihak KPM telah mencadangkan Anugerah kepada guru-guru yang cemerlang dalam menyumbang dan menggilap nama di persada antarabangsa.

Sehubungan itu beberapa anugerah telah dicadangkan antaranya di bawah kami Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan adalah Anugerah Guru Pendidikan Digital.

Ikon Guru Teknologi Pendidikan Digital (GTPD) ialah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkemahiran tinggi, berimpak tinggi dan terlibat secara aktif untuk membudayakan penggunaan teknologi pendidikan terutamanya teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta menjadi suri teladan kepada guru-guru di Malaysia.

Hantar pencalonan Guru Pendidikan Digital untuk kami nilai sebelum atau pada 7hb Febuari 2023.

Objektif Anugerah Ikon Guru Teknologi Pendidikan Digital adalah seperti berikut:

  • Menggalakkan guru membudayakan pengintegrasian teknologi digital dalam pelaksanaan PdP.
  • Menggalakkan penggunaan pelantar Pembelajaran KPM: DELIMa secara berkesan
  • Meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan guru, murid dan warga sekolah.
  • Meningkatkan inovasi dan kreativiti PPP dalam pembangunan dan pembudayaan teknologi Pendidikan.
  • Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada PPP dalam pembangunan dan pembudayaan teknologi Pendidikan.
  • Menjadi suri teladan keypads PPP untuk melaksanakan PdP yang berkesan, menarik dan berimpak.

KONSEP ANUGERAH IKON GURU TEKNOLOGI PENDIDIKAN DIGITAL

  • Anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Ikon Guru Teknologi PendidikanDigital (GTPD). Anugerah ini diberikan kepada PPP di sekolah, yangmembudayakan penggunaan teknologi digital untuk meningkatkan produktiviti,kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan bidang tugasnya.
  • PPP tersebut telah mendapat pengiktirafan/pensijilan oleh badan yang diiktirafseperti Microsoft, Google, Apple dan lain-lain. PPP tersebut mestilah telah memberi sumbangan yang besar dan cemerlang dipelbagai peringkat (antarabangsa, kebangsaan, negeri, dsb.) dan pada masa yang sama beliau juga telah memberi sumbangan besar kepada negara terutamanya kepada kemenjadian murid, sekolah, masyarakat, atau organisasi serta institusi tempat mereka berkhidmat. Anugerah ini hanya akan diberikan kepada PPP yang benar-benar layak dan terbaik untuk menerima Anugerah tersebut.

SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN

  1. Pencalonan ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)yang masih berkhidmat dan mengajar di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta telah dilantik sekurang-kurangnya lima (5) tahun perkhidmatan.
  2. Calon mestilah seorang aktif dalam mengguna dan menyebarluas penggunaan DELIMa KPM.
  3. Calon hendaklah seseorang yang boleh dijadikan sumber rujukan (pakar rujuk) dalam bidang Teknologi Pendidikan serta pengaplikasiannya dalam pelaksanaan pengurusan PdP serta pengurusan yang berkaitan dengan bidang tugasnya,
  4. Sumbangan dan kejayaan calon mengambil kira sekurang-kurangnya tiga tahun perkhidmatan dalam PdP berkaitan teknologi pendidikan. Kepakaran calon juga meliputi bidang teknologi pendidikan yang memberi manfaat kepada semua dan memberi nilai tambah kepada KPM.
  5. Penilaian calon penerima akan memfokuskan kepada pencapaian, impak dan penglibatan PPP di pelbagai peringkat (antarabangsa, kebangsaan, negeri, dsb.)
  6. Calon juga akan dinilai dari aspek kemenjadian murid di pelbagai peringkat.
  7. Calon mestilah seorang yang dihormati dan mempunyai personaliti terbilang iaitu dari segi kelakuan, beradab dan bebas dari tindakan tatatertib mahupun isu-isu negatif terhadap peribadinya;
  8. Calon hendaklah seorang yang boleh mempengaruhi orang lain dalam sumbangan bakti, kecemerlangan kerjaya serta menjadi suri teladan (role model) kepada semua dan mampu memberi impak kepada potensi diri dan kemenjadian guru dan murid;
  9. Panel Hakim peringkat kebangsaan yang dilantik akan membuat penilaian pertama berdasarkan dokumen yang diserahkan kepada urus setia.
  10. Penilaian kedua akan dibuat secara turun padang/temuduga oleh Panel Hakim peringkat kebangsaan bagi menilai calon yang disenarai pendek.
  11. Calon dikehendaki membuat pembentangan di hadapan Panel Hakim, sekiranya perlu.
Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This