Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka sebagai tuan rumah akan melaksanakan Pertandingan Video Kreatif Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.
Pertandingan ini adalah di bawah Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid yang bermatlamat untuk melahirkan murid yang fasih digital. Pertandingan ini akan bermula pada 13 Jun 2022 sehingga 28 Julai 2022 secara dalam talian.
Penyertaan pertandingan ini adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada dua (2) orang murid dan seorang guru pembimbing. Untuk tujuan tersebut, satu sesi taklimat dan pelancaran akan diadakan secara dalam talian mengikut ketetapan berikut:
- Tarikh : 13 Jun 2022 (Isnin)
- Masa : 2.30 petang
- URL : https://bit.ly/gemadigitaltvmelaka
Kepada murid-murid yang berminat anda digalakan menyertai dengan guru pembimbing anda. Terbuka kepada Sekolah Rendah dan Menengah.
Site pertandingan sila klik butang di bawah :
Recent Comments