Dimaklumkan bahawa Apple Professional Learning Malaysia (APLM) dengan kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan program Pembangunan Bahan: eKomik Kreatif dalam Pembelajaran Menggunakan iPad di bawah DELIMa Certified Training Program – Apple. Program tersebut akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 28 – 31 Mac 2022 (Isnin -Jumaat)
  • Masa : 9.00pm – 10.30pm
  • Kumpulan sasaran: Warga Pendidik
  • Maklumat kaedah pendaftaran: https://t.me/+VrzhZHeBfqc2M2E1 (Telegram rasmi APLM)

Objektif program selama 5 hari ini adalah untuk membolehkan guru mencipta ilustrasi dan animasi menarik menggunakan aplikasi Keynote dalam iPad serta menghasilkan komik interaktif menggunakan aplikasi Pages agar dapat membangunakan bahan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif.

Sehubungan dengan itu mohon jasa baik pihak tuan untuk menghebahkan perkara ini dengan memanjangkan risalah berbentuk pdf yang dilampirkan dalam e-mel ini kepada warga pendidik agar mereka dapat mengikuti program ini. Guru – guru yang mengikuti program ini akan didaftarkan dalam SPLKPM.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi Puan Jayanthi Jayaraman, Penolong Pengarah SSTP, BSTP, KPM di talian 03-20818178 /[email protected] Sekian, terima kasih.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This