Dimaklumkan Standard Kompetensi Digital telah dibangunkan dan dilaksanakan oleh pemegang taruh masing-masing berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil. 1/2019 pada 19 November 2019 yang memutuskan agar instrumen Penarafan Pembestarian Sekolah melalui Smart School Qualification Standards dapat dikemaskini supaya selaras dengan inisiatif Pendidikan Digital KPM

Sehubungan dengan itu, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), KPM akan melaksanakan Standard Kompetensi Digital – Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT (GPB/GPICT) dan Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Standard ini bertujuan untuk melihat tahap kompetensi digital GPB/GPICT dan GPM seterusnya dapat merancang keperluan latihan atau pelan intervensi untuk meningkatkan kemahiran digital kumpulan guru ini selain dapat mengenal pasti GPB/GPICT dan GPM yang berkemahiran agar dapat membimbing guru-guru lain.

Standard ini akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 1 – 31 Januari 2022. Bersama-sama dengan surat ini,
dilampirkan maklumat berkenaan pelaksanaan standard tersebut

Untuk makluman tuan, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) adalah urus setia bagi pelaksanaan standard ini di peringkat negeri. GPB/GPICT dan GPM perlu menggunakan akaun gmail DELIMa @moe-dl.edu.my untuk menjawab soal selidik ini bagi memastikan keselamatan data. Kerjasama dan perhatian tuan dalam menjayakan kajian ini didahului ucapan terima kasih.

Jangan lupa Digital Compentency Score dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022 klik link di sini.

Berikut adalah surat-surat daripada Bahagian Sumber Teknologi dan Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk makluman guru berkaitan

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This