Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan (BTP, 1991) . Teknologi Pendidikan merupakan satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses P&P di sekolah.

Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor merupakan satu majlis yang memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sekolah, guru dan murid yang terlibat dalam usaha membantu Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) merealisasikan agenda dan wawasan pendidikan negara. Adalah diharapkan melalui majlis ini akan memberikan semangat dan kerjasama yang lebih antara warga pendidik bersama-sama JPN Selangor untuk menjayakan kecemerlangan pendidikan di negeri Selangor.

OBJEKTIF

  1. Pembudayaan Teknologi Pendidikan yang lebih efektif di sekolah-sekolah negeri Selangor;
  2. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada warga pendidik dan murid khusus dalam bidang teknologi pendidikan dalam usaha membantu JPN Selangor merealisasikan wawasan pendidikan negara.

MATLAMAT

  1. Melahirkan sekolah yang cemerlang, berkualiti dan berwawasan.
  2. Mempertingkatkan amalan mencintai ilmu dalam diri.
  3. Melahirkan insan yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam bidang pengurusan teknologi maklumat dan pentadbiran organisasi.
  4. Memberi galakan dan pengiktirafan kepada personel yang telah menjalankan kerja-kerja penghasilan bahan pelbagai media.
  5. Memberi galakan dan pengiktirafan kepada personel yang telah menjalankan tugas pengurusan PSS dengan cemerlang.
  6. Meningkatkan penggunaan bahan media sebagai tools dalam P & P

TARIKH DAN JANGKA MASA PROGRAM

Adalah diharapkan segala persiapan dan persediaan untuk melaksanakan program ini akan berjalan dengan lancar serta penuh jayanya. Segala kerjasama dan komitmen serta sumbangan daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dahului dengan ucapan terima kasih.

Senarai Anugerah

  1. DIGITAL STORY TELLING ANIMATION (DST)
    1.1 KATEGORI SEKOLAH RENDAH
    1.2 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
  2. CABARAN KESELAMATAN SIBER NASIONAL (CAKNA)
  3. ANUGERAH PENGKARYA MUDA
    3.1 KATEGORI MENENGAH ATAS
    3.2 KATEGORI MENENGAH
    3.3 KATEGORI RENDAH
  4. ANUGERAH NILAM NEGERI SELANGOR
    4.1 TOKOH NILAM BAHASA MELAYU – MENENGAH
    4.2 TOKOH NILAM BAHASA MELAYU – RENDAH
    4.3 TOKOH NILAM BAHASA INGGERIS – MENENGAH
    4.4 TOKOH NILAM BAHASA INGGERIS – RENDAH
  5. IKON GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA
  6. ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG
    6.1 KATEGORI SEKOLAH KURANG MURID
    6.2 KATEGORI SEKOLAH RENDAH
    6.3 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This